Saturday, November 12, 2011

Cucur Jawa @ Cucur gula merah

Kuih tradisional ini adalah antara kuih kegemaran kami sekeluarga. Hampir setiap hujung minggu, jika ke pasar tani pasti suami akan pulang bersama kuih ini. Semalam semasa sedang mengadap muka buku, ternampak resepi cucur ini. Oh! mudah sahaja resepinya. selama ini saya hanya suka makan, tetapi menyangka sukar untuk membuatnya. Resepinya juga tidak pernah diketahui dan tidak terlintas hendak bertanya kepada 'pakcik google'. Semalam teringin benar hendak makan cucur ini, tetapi bukanlah boleh terus dibuat dan dinikmati ketika itu juga.

Pagi tadi saya membancuh adunan dan sedia untuk menggorengnya petang tadi...Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi. Cuma warnanya kurang menyerlah kerana saya menggunakan gula kabung, bukan gula merah. Resepi ini saya ambil dari web myresepi.com (terima kasih kepada tuan resepi). Bila ditanya kepada 'pakcik google' resepinya lebih kurang sama sahaja.

Resepi untuk lebih kurang 10 hingga 15 biji cucur

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir (kalau tak nak manis boleh kurangkan)
1 cawan gula merah
garam
2 cawan air
daun pandan
**saya masukkan sedikit minyak zaitun dalam adunan untuk kurangkan resapan minyak semasa menggoreng

***campurkan gula pasir, gula merah dan air. Masakkan hingga mendidih. Boleh masukkan carikan daun pandan semasa memasak air gula ini. Biarkan sejuk.

****Campurkan tepung gamdum dan tepung beras. Tuangkan air gula dan gaul sebati. Masukkan sedikit garam. Gaul sebati ikut likat (ada juga yang blend adunan ini). Gaul kaup balik atau pukul menggunakan tangan sehingga adunan berbuih. Peram adunan semalaman (kalau untuk minum petang, sediakan sebelah pagi).

*****Untuk menggoreng, panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sendukkan adunan dan tuang di tengah kuali. Balik-balikkan sehingga masak. Gorengkan satu persatu.


Seronok rasanya dapat mencuba resepi-resepi tradisional ini. Tidak sukar hanya mahu atau tidak sahaja...

2 comments:

  1. hai kawan..tak pernah makan tapi ada rasa mcm nak cuba...agak2 rasa mcm cucur peniram ke?

    aka zuraidah kadirun...

    suka baca blog orang, malas nak update blog sendiri...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ida, sedap nama puspawangi tu...hihi..ala2 wanita melayu terakhir...

      lain la rasa dia kak. cuba la. sedap. saya pun lama dah tak buat

      Delete