Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar sudah berada di hampir penghujung tahun. Menoleh sebentar ke belakang, mengenang dan mengingat kembali apa yang telah dilalui. Macam-macam. Sampai terlupa apa yang dah berlaku...
Tahun ini anakanda Aiman Hazziq akan menduduki peperiksaan SPM, peperiksaan besar yang akan menentukan arah hidupnya selepas ini. Dia, seperti biasa, relax, selamba dan masih leka dengan game setiap kali pulang bermalam. Mama yang senak perut mengenangkan periksa yang tinggal tak berapa hari sahaja lagi. Mujur juga dia di asrama. Jadual dan waktu belajar yang siap tersusun. Bila sesekali pulang ke rumah, didesak belajar juga, jawabnya "dah penat belajar kat sekolah, mama. Bagi la peluang berehat sekejapppp je." Mama mati kata...Sekejap dia yang langsung tak pegang buku. Jika seminggu bercuti, seminggu lah juga cuti pegang buku. Suka hati lah. Janji SPM dapat 9A1...Boleh?
Anak bujang harapan mama dan babah... |
Apa yang Along sudah boleh lakukan dalam usianya yang sudah 20 tahun? Jika gadis lain, pasti ketika ini sedang melanjutkan pelajaran ke menara gading atau sudah bekerja. Tapi Along...tetap setia di sisi kami. Alhamdulillah...
Along masih memakai diapers, makan minum, mandi dan segala urusan keperluan hidupnya perlu dibantu. Jika lapar sekalipun, dia hanya mampu ke dapur, melihat sahaja jika tidak dihulurkan makanan atau minuman. Jika sakit, dia hanya mampu menangis tanpa dapat memberitahu kami di mana yang sakit, apa yang tak kena. Perkataan yang mampu dituturkan hanya beberapa patah sahaja. Tetapi dia sudah faham arahan ringkas. Itu sudah cukup besar bagi kami. Cuma tantrumnya yang masih di luar kawalan. Jika waktu kecil, masih boleh dipeluk, dipujuk, dibelai. Tetapi dalam usia sekarang, bila sudah datang angin taufannya, lebih baik jauhkan diri. Biarkan dia tenang sendiri. Memang amat sukar untuk dipujuk kalau dia sudah mengamuk.
Iman Thuraya, adik kecil dengan jarak usia mereka hampir 15 tahun menjadi 'jambatan penghubung' dalam banyak situasi. Iman lah tukang pujuk, umpan dan tukang leter kepada kakaknya. Biarpun sering 'dikerjakan' Along, marahnya tidak lama. Reda tangisnya, reda juga lah rajuknya pada Along. Boleh bersama semula. Iman yang bermulut becok, sering membuatkan Along rimas dan tidak selesa dengan bunyi bising. Ditarik, dicubit dan dikerjakan adiknya itu, tidak kira di mana, tidak kira masa. Kadang-kadang tengah makan pun tiba-tiba dikerjakan Iman. Menangis tak berlagu si Iman. Memang cengkaman tangan Along menyakitkan. Apa yang kami lakukan kalau perkara begini terjadi. Hendak dimarah atau dirotan, Along tak faham yang perbuatannya itu salah. Hendak dimarah si Iman, memang sudah begitu kejadiannya, dikurniakan Allah dengan mulut yang tak tau diam. Kami perlu berlaku adil dan memang itu amat payah.
Along tetap perlu didisiplinkan dan diterangkan mana yang betul, mana yang salah. Itu bukan satu perkara yang mudah. Kadang-kadang, tiada kata yang mampu diluahkan pada Along bila dia mengerjakan Iman. Tapi Along cukup 'takut' kalau Iman atau sesiapa sahaja menagis kerana perbuatannya, Akan cepat-cepat dipujuk semula dengan pelukan yang kebiasaannya akan tambah menyakitkan. Mujur Iman juga jenis yang mudah mengalah, cepat sejuknya. Alhamdulillah...
Sebagai manusia biasa, kami sebagai ibubapa juga punya pasang surut perasaan dan kesabaran. Tiba masa 'berlaga angin', dua -dua akan sama naik 'tantrumnya'. Boleh bayangkan apa yang terjadi? Cuma sebagai manusia yang dikurniakan Allah akal yang sempurna, cepat-cepat beristigfar, kawal semula diri. Along tetap begitu juga. Dunianya yang ada ketika kami juga tidak mampu tembusi, fahami.
Sekarang, Along sudah mula kembali mengikuti Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy) di PPUKM. Setelah dirujuk oleh Klinik Rehabilitasi, kami tiada pilihan lain. OT kali ini adalah lebih kepada Behavior Modification untuk membantu mengawal masalah tantrum Along. Sudah lebih sepuluh tahun tidak menjalani terapi ini. Kami tiada pilihan lain. Biarpun perlu berulang dua minggu sekali ke PPUKM Cheras, kami rela demi kebaikan Along. Perjalanan mengambil masa hampir sejam setengah. Bermakna pergi dan balik hampir tiga jam. Terapi hanya mengambil masa antara 40 minit hingga sejam sahaja (bergantung kepada mood Along)! Setiap kali sessi ot, Iman terpaksa dipontengkan dari sekolah kerana babahnya juga perlu ikut sama. Saya tidak mampu memandu sendirian. Masalah kesihatan, masalah parking dan juga tidak mampu untuk mengawal Along sendirian. Ini juga adalah salah satu cara untuk mendidik Iman tentang Alongnya. Alhamdulillah, setakat ini Along amat memberi kerjasama setiap kali sessi bersama juru terapinya.
Tak jauh ke berulang Kuala Kubu Bharu-Cheras hanya untuk sejam terapi? Untuk Along tiada yang jauh. Lebih jauh dari itu pun pernah kami tempuhi. Selagi ada daya kami, dengan izin Allah swt akan kami usahakan. Biarpun pada usia 20 tahun ini, masih dengan terapi begitu. Tiada masalah. Kudrat, kewangan dan masa boleh diusahakan.
Along sudah 20 tahun, perlukan pergi terapi begitu lagi? Untuk Along tiada yang terlambat, tiada yang tidak perlu. Mana yang baik untuknya, selagi daya akan diusahakan. Apalah sangat yang kami telah lakukan untuk Along selama ini, berbanding dengan apa yang telah Allah swt kurniakan kepada kami...
Along, anak syurga mama dan babah. Kakak kepada Aiman dan Iman. Kami tetap akan berdiri bersamanya, selamanya. Doa dipohon agar Allah swt kurniakan kekuatan, kesihatan dan kesabaran kepada kami semua untuk bersama Along hingga ke akhir hayatnya, juga hingga ke akhir hayat kami...aminn Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Along tetap perlu didisiplinkan dan diterangkan mana yang betul, mana yang salah. Itu bukan satu perkara yang mudah. Kadang-kadang, tiada kata yang mampu diluahkan pada Along bila dia mengerjakan Iman. Tapi Along cukup 'takut' kalau Iman atau sesiapa sahaja menagis kerana perbuatannya, Akan cepat-cepat dipujuk semula dengan pelukan yang kebiasaannya akan tambah menyakitkan. Mujur Iman juga jenis yang mudah mengalah, cepat sejuknya. Alhamdulillah...
Sebagai manusia biasa, kami sebagai ibubapa juga punya pasang surut perasaan dan kesabaran. Tiba masa 'berlaga angin', dua -dua akan sama naik 'tantrumnya'. Boleh bayangkan apa yang terjadi? Cuma sebagai manusia yang dikurniakan Allah akal yang sempurna, cepat-cepat beristigfar, kawal semula diri. Along tetap begitu juga. Dunianya yang ada ketika kami juga tidak mampu tembusi, fahami.
Sekarang, Along sudah mula kembali mengikuti Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy) di PPUKM. Setelah dirujuk oleh Klinik Rehabilitasi, kami tiada pilihan lain. OT kali ini adalah lebih kepada Behavior Modification untuk membantu mengawal masalah tantrum Along. Sudah lebih sepuluh tahun tidak menjalani terapi ini. Kami tiada pilihan lain. Biarpun perlu berulang dua minggu sekali ke PPUKM Cheras, kami rela demi kebaikan Along. Perjalanan mengambil masa hampir sejam setengah. Bermakna pergi dan balik hampir tiga jam. Terapi hanya mengambil masa antara 40 minit hingga sejam sahaja (bergantung kepada mood Along)! Setiap kali sessi ot, Iman terpaksa dipontengkan dari sekolah kerana babahnya juga perlu ikut sama. Saya tidak mampu memandu sendirian. Masalah kesihatan, masalah parking dan juga tidak mampu untuk mengawal Along sendirian. Ini juga adalah salah satu cara untuk mendidik Iman tentang Alongnya. Alhamdulillah, setakat ini Along amat memberi kerjasama setiap kali sessi bersama juru terapinya.
Along dalam bilik Snozzland |
Along sudah 20 tahun, perlukan pergi terapi begitu lagi? Untuk Along tiada yang terlambat, tiada yang tidak perlu. Mana yang baik untuknya, selagi daya akan diusahakan. Apalah sangat yang kami telah lakukan untuk Along selama ini, berbanding dengan apa yang telah Allah swt kurniakan kepada kami...
Cukup suka bergaya...seronok dapat hadiah baju raya dari nenek... |
Tengah tunggu giliran jumpa doktor... |
Rambut dah tutup mata...adik lena di ribaan Along... |