Resepi Scones kismis seperti yang dijanjikan :
(Untuk menghasilkan 8-10 biji scones)
200gm tepung naik sendiri atau tepung high protien
1/2 sudu teh garam
150 ml susu segar (suhu bilik) --bergantung juga kepada kelembutan doh
3 sudu besar gula castor
50 gm butter (suhu bilik)
Kismis (basuh dan keringkan dengan tisu dapur)
Cara-caranya :
Gaulkan tepung dan garam hingga sebati. Masukkan butter dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan susu. Gaul lembut hingga sebati. Doh menjadi lembut tetapi tidak melekat. Uli dengan lembut. Semakin kurang kita menguli doh, semakin lembut scones yang akan terhasil (the less is better). Jika doh masih lembik atau melekat, masukkan sedikit tepung. Masukkan kismis. Tabur sedikit tepung atas permukaan tempat mencanai. canai doh setebal 1 inci. Tekap dengan acuan bulat dan susun dalam dulang pembakar (jarakkan susunan dan TIDAK perlu menyapu dulang dengan minyak). Bakar dengan suhu lebih kurang 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga kuning keemasan. Selepas masak, terus masukkan dalam bekas dan ditutup dengan kain bersih. Ini untuk memastikan scones terus lembut.
Masa penyediaan lebih kurang 20 minit sahaja. Amat sesuai untuk minum petang dan dimakan bersama jem, butter atau krim putar atau dimakan begitu sahaja (gambar scones boleh rujuk kepada entri sebelum ini).
Selamat mencuba...
(memasak adalah satu seni atas kretiviti dan gerak hati sendiri. Mungkin resepi yang diberikan akan memberikan hasil yang berbeza bagi setiap orang...)
No comments:
Post a Comment