kehidupan ini amat indah seiring dengan setiap langkah. Bersyukurlah dengan apa yang dikecapi kini...
Tuesday, June 26, 2012
Sekadar coretan...
Tika catatan ini dibuat, saya ditemani Iman sedang menunggu kereta diservice di pusat service Nissan di Kuantan. Kami tiba semalam mengikut encik suami yang membawa rombongan ahli jawatankuasa badan-badan kebajikan membuat lawatan sekitar rumah kebajikan di Kuantan dan ke Penjara Penor di Pekan. Semalam, kami singgah di Sekolah Tunas Bakti di Jerantut. Hari ini saya dan Iman 'tidak dibenarkan' mengikut sessi lawatan kerana agak tidak sesuai untuk Iman dan sememangnya saya juga mempunyai agenda tersendiri sepanjang hari selain dari berada di pusat service ini.
Tika ini juga, hati saya amat berkecamuk, risau, bimbang, marah dan pelbagai perasaan lagi. Susah hendak diterangkan. Hanya kepada Allah saya serahkan segalanya. Moga segala masalah ini dipermudahkan dan ditunjukkan jalan penyelesaiannya. Masalah ini melibatkan banyak pihak dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Pengorbanan perasaan, masa, tenaga dan wang ringgit. Setiap kali mengenangkannya, hati kecil saya akan menangis, merintih. Ya Allah, apalah hikmah yang hendak Engkau tunjukkan kepada kami. Dugaan ini bukan dugaan ke atas seorang individu sahaja, tetapi sebenarnya lebih kepada kami sekeluarga. Allah swt hendak menduga apakah kami sentiasa ingat dan bersyukur dengan nikmat yang dikecapi selama ini.
Allahhu Akabar...Allahhu Akbar...Allahhu Akbar...Kau berilah kami petunjuk dan kekuatan menghadapi semua kemelut ini...Aku memohon Ya Allah, Kau berilah kami hidayah dan tetapkan hati kami dengan iman dan islam, jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur dan redha dengan apa jua yang Engkau berikan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment