Macam pelik sikit bunyinya bila menyebut tajuk entri kali ini. Hemmm...tak apalah, yang penting isi dan rasanya yang..yummmmyyyy (meminjam kata-kata pujian Iman...). Semasa ke pasar pagi tadi, ternampak keledek madu yang amat terkenal di Cameron Highlands (sebenarnya ada juga keledek biasa dari tanah rendah yang dibawa naik ke sini). Saja saya beli mengenangkan ada lagi seketul ubi keledek kecil yang dibeli minggu lepas. Buat menambah-nambah untuk digoreng petang ini (kalau rajin). Semasa singgah membeli kentang, ternampak pulak cha-cha (ishhh...apa nak panggil nama lain dia ni ya. Itu saja yang saya tau). Senang cerita, yang dibuat dari tepung, digunting halus-halus, berwarna warni dan dikeringkan. Memang enak dibuat bubur. Lupa pula nak ambil gambar mentahnya. Amat terkenal dibulan puasa.
Nampak gayanya, menu minum petang telah bertukar. Dari keledek goreng jadi bubur keledek cha-cha. Sesekali menikmati bubur memang sedap. Saya jarang membuat bubur kecuali semasa bulan puasa. Pernah emak bercerita, saya adalah 'hantu' bubur pulut hitam hingga setiap hari minta dibuatkan bubur itu. Satu ketika, tiada kelapa atau santan, emak hanya masakkan bubur pulut hitam tanpa santan.. Tetap sedap dan 'laku' di tekak saya. Tapi sekarang sudah tidak minat lagi...
Seketul keledek madu (kupas dan potong dadu)
sebungkus cha-cha (cuci dan rendam sebentar)
gula merah atau gula kabung
sedikit gula pasir - ikut kadar kemanisan yang disukai
secubit garam (untuk meaikkan rasa lemak santan)
daun pandan
Santan atau susu segar secukupnya (asingkan secawan santan pekat)
*** rebus keledek dan cha-cha sehingga empuk (rebus dengan air biasa). Setelah empuk, masukkan santan cair, gula kabung, gula pasir, garam dan daun pandan. Biar masak hingga mendidih. Akhir sekali masukkan baki santan pekat dan biar mendidih sebentar. Kacau sentiasa untuk mengelakkan santan dari pecah.
Mudah bukan. Sebenarnya memasak bukanlah susah. Cuma mahu atau tidak sahaja. Untuk menyedapkan lagi setiap masakan, mulakan dengan kalimah Bismillah, selawat nabi dan berdoalah apa sahaja yang kita mahukan. Insyaallah makanan akan jadi lebih enak tanpa perlu menambah sebarang serbuk perasa. Saya tidak pernah menambah serbuk perasa dalam setiap masakan kerana alah dengan kesannya.
Dalam pada itu sempat juga saya membuat Sambal Taun Kerang sekali lagi...
kali ini lebih meriah cili dan lengkuasnya... |
No comments:
Post a Comment