Thursday, March 1, 2012

Bermula kembali

Lama benar rumah kecil ini ditinggalkan, terbiar kali ini. Bermacam hal, bermacam peristiwa yang dilalui menjadikan saya seolah terlupa akan rumah kecil ini. Semangat yang terbang hilang, jasad seumpama tertanam jauh ke perut bumi...Ya Allah jika ini caranya Kau ingin mendekatkan diriku kepadaMu, aku redha, aku terima dengan sepenuh hati. Tapi Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan, Kau berilah aku petunjuk agar aku dapat terus menghadapi apa jua yang Kau berikan.

Bukanlah mudah untuk menerima perkara-perkara yang terkadang tidak masuk dek akal. Cukuplah, saya tidak ingin memikirkan perkara itu lagi. Penat dan lelah memikirkannya. Lebih baik dipandang hari mendatang yang pastinya menjanjikan sesuatu yang indah, Insyaallah...

Sekarang saya juga sudah mempunyai hobi dan kemahiran baru. Semuanya hasil dari perkara-perkara 'hitam' yang membelenggu diri sebelum ini. Salah satu cara untuk 'release' adalah dengan menjahit. Cubaan saya untu menjahit beg, purse, membuat gaun dan smocking untuk Iman menjadi. Tak sangka rupanya saya boleh menghasilkan barang-barang tersebut yang sebelum ini saya rasakan mustahil untuk saya buat sendiri. Selain kegilaan saya kepada quilt dan patchwork, saya pernah cuba-cuba untuk menjahit pakaian, tapi kebiasaannya gagal di tengah jalan kerana saya bukanlah orangnya yang boleh 'bersabar' dengan segala perkara teknikal untuk menjahit pakaian (sedangkan untuk menghasilkan sehelai selimut quilt adalah lebih teknikal lagi, tapi masih dalam konteks penerimaan saya...). Jadi disebabkan kegilaan baru itu saya lupa diri sebentar. Setiap hari saya akan duduk menghadap mesin jahit kesayangan dan mencuba perkara-perkara baru itu. Yang paling untung ialah Iman Thuraya, kerana setiap hari akan ada saja pakaian baru untuknya. Tambah seronok dan menggila lagi apabila dia juga cukup seronok menggayakan apa sahaja yang saya hasilkan walaupun tidak secantik atau sekemas tukang jahit profesional. Yang paling bising ialah encik suami yang setiap hari akan bertanya bila saya akan menyambung kembali projek-projek penulisan yang sudah lama terbengkalai...hemmm...

Satu lagi 'kegilaan' baru saya ialah membeli kain cotton...aduhhh pantang nampak kain yang cantik, pasti akan saya borong. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Tapi kegilaan ini masih dalam kawalan, tidak perlu mengambil 'ubat' penenang. Hasrat hati selepas ini, ingin menjahit sendiri baju raya untuk diri sendiri dan anak-anak...Insyaallah

Mengapa saya beralih kepada hobi-hobi baru ini? Banyak persoalannya dan jawapannya amat rumit...Akan saya ceritakan bila ada kekuatan kelak...

Berjumpa lagi...

*masih terkial-kial hendak memasukkan gambar menggunakan ipad ini...

3 comments:

  1. Tahniah kak...su pun gila juga cotton tapi yang biasa-biasa je..mahal-mahal tak mampu. InsyaAllah tahun ni mesti dapat buat baju raya famili akak...Saya pun ada experience, kena ajar deaf student menjahit padahal bukanlah bidang jahitan. mau tak mau sikit-sikit kena belajar dan akhirnya??? Dapat jugak buat baju raya suami dan anak-anak sendiri dek kerana mula-mula tu sebab terpaksa......memang boleh hilang stress kalau menjahit..chaiyok2!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih su, sudi berkunjung ke rumah kecil ini. Akak masih baru dalam bidang jahitan walaupun sudah bermula sejak zaman sekolah dan universiti. 'kepakaran' akak ialah membuat quilt dan patchwork. Kalau sudah mula yang itu jawabnya yang lain semua tolah tepi...hihihi...akak juga hanya 'gila' kepada cotton biasa yang murah sahaja. tidak mampu hendak memegang DC lagi. Hanya boleh menjenguk dan mencuci mata. Insyaallah, harapnya kita boleh berkongsi ilmu dalam bidang ini.

      Delete
  2. saya ada kemahiran menjahit manik, sulam reben dan benang. boleh jahit gaun budak-budak juga tetapi hmmm...tak pandai nak komersilkan...menjahit manik bila dekat2 raya je bila org tempah.lepas tu sulaman belajar kerana mengajar pelajar....sedang berfikir mungkin boleh dipraktikkan semula lepas lama ditinggalkan...

    ReplyDelete