Gara-gara ketagihkan nescafe o, mata cerah hingga ke saat ini. Kebiasaannya saya akan mengambil minuman kegemaran itu sewaktu sarapan pagi sahaja. Tapi pagi tadi terlupa pula dan kebetulan encik suami membancuh seteko kopi o. Itulah yang saya minum sama (untuk makluman, rumah kami memang tiada susu pekat manis dan saya tidak pandai membancuh miuman yang bercampur susu). Selepas makan tengahari, rasa ketagihan tidak dapat diatasi lagi, dan dengan semug besar nescafe saya mengadap mesin jahit untuk menyiapkan projek beg telekung. Kesannya hingga kini. Walaupun badan terasa amat letih tapi mata langsung tidak terasa mengantuk. Kalau naik ke katil waktu begini, jawabnya saya akan penat sendiri sebab berpusing ke kiri ke kanan, terlentang tak mahu lelap. Nak hilangkan bosan, lebih baik saya update blog. Hendak menonton tv, tiada cerita menarik. Hendak mengadap muka buku juga sudah bosan. Sesekali saja menjeling dan mencelah jika ada 'cerita' baru yang menarik...
Cuti sekolah sudah dua hari berlalu. Rumah kini kembali sunyi. Tinggallah Iman Thuraya teman 'bergaduh' saban hari. Anak yang bakal berusia genap tiga tahun 23 hb Mac ini. Pejam celik, sedar tak sedar sudah tiga tahun dia bersama kami. Bermacam cerita dan ragam yang menjadi penyeri kami sekeluarga. Seorang anak yang ceria dan pandai mengambil hati. Sebenarnya saya amat tidak menyangka akan mendapat anak lagi. Selepas tiga kali keguguran, saya tidak pernah menaruh harapan untuk hamil lagi walaupun doktor sudah merujuk kes saya kepada pakar di HUKM untuk menjalani rawatan kesuburan. Biarlah, jika ada rezeki, pastinya Allah akan mengurniakan kami anak lagi. Jika tidak pun, tidak mengapa. Kami sudah mempunyai dua orang anak yang merupakan harta yang tiada nilainya.
Mengandungkan Iman memang menuntut banyak kesabaran. Keluar masuk hospital perkara biasa. Mujur juga saya menjalani pemeriksaan di Klinik Ibu dan Anak Tanah Rata, Cameron Highlands. Saya menjadi 'pesakit kesayangan' Dr Sebastian, doktor yang menjaga saya sepanjang kehamilan. Cukup prihatin sekali. Saya dirujuk kepada pakar dan mendapat perhatian pakar setiap bulan (sedangkan pesakit lain hanya sekali sepanjang kehamilan). Sepanjang mengandungkan Iman juga saya selalu memandu sendirian berulang alik antara Cameron Highlands dan Kuala Kubu Bharu untuk menguruskan penrniagaan di sana walaupun sedang sarat hamil. Teringatkan momen-momen indah sewaktu hamil, memang seronok. Terasa ingin diulang kembali momen itu, tapi mustahil sama sekali.
Saya kongsikan gambar-gambar ekslusif Iman sejak lahir hingga kini...
|
minggu pertama... |
|
masih di dalam pantang... |
|
sudah pandai senyum... |
|
adik abang... |
|
Along, abang dan Iman permata hati mama dan babah... |
|
Masa-masa awal diperkenalkan dengan 'Baby', warisan dari Along... |
|
baru tumbuh gigi... |
|
Sudah pandai bergaya... |
|
pantang nampak kamera...Ipad mama jadi hak dia... |
|
hari pertama kelahiran...(sepatutnya ini gambar pertama) |
|
Iman dan Aqil yang amat akrab. Jauh menyebut-yebut, bila dekat bergaduh-gaduh... |
|
Iman dan Baby yang tidak dapat dipisahkan... |
|
Ada saja ragamnya... |
|
|
Banyak lagi gambar-gambar dan aksi Iman yang tak larat hendak saya masukkan. Mata juga sudah mula mengantuk...Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment