Sehari dua ini rasa bersemangat nak menghidupkan kembali rumah kecil ini dengan pelbagai entri. Alhamdulillah...
Kali ini saya ingin kongsikan hasil dari hobi baru, menjahit beg dan purse. Bila sekali sudah mula, memang seronok dan macam-macam yang hendak dibuat. Memandangkan tanah tinggi ini tiada kedai yang menjual kain secara khusus (memang tiada kedai yang jual kain ela pun), saya terpaksa mendapatkan bekalan kain dari Ipoh atau Kuala Lumpur. Masalahnya bukan selalu berkesempatan untuk berkunjung ke kedai kain. Sesekali dapat berkunjung, jenuh memilih mana yang berkenan.
Paten-paten beg ini biasanya saya cari di internet. Tanya sahaja pakcik google, semua dia tunjuk. Banyak blog-blog yang berkongsi tutorial percuma untuk membuat beg dan sebagainya. Pilih saja mana yang suka. Jom jamu mata. Kalau nak tempah pun boleh...hihihi
Sejak ada hobi baru ini, kerja-kerja penulisan 'terhenti' seketika (kecuali mengadap muka buku dan blog)...
beg telekung yang saya guna sendiri |
clutch dan mini envelope purse...sudah dijual |
simple tote bag untuk bawa ke tuisyen atau mengaji. Sudah dijual |
clutch yang saya guna sendiri. Guna kain mahal, sayang nak jual |
simple bag, juga untuk kegunaan sendiri. Senang nak sumbat segala barang dan ipad. Galas di bahu atau selempang. Mudah untuk bergerak |
Beg dari kain cudroy. Cubaan pertama, sudah 'disambar' oleh jiran |
bahagian dalam bag, dengan magnetic button |
cantik kak!!!!
ReplyDeletect sue terima kasih. akak baru je belajar2 buat ni. banyak nak kena perbaiki lagi. seronok bila dah mula
Delete