Thursday, July 14, 2011

Berehat sebentar melepas lelah

Hampir dua minggu tidak dapat membuat sebarang entri untuk blog.  Pertamanya kerana bercuti membawa rombongan 'Nenek Kiah' ke Perlis, Langkawi, Penang dan kembali ke Cameron Highlands.  Berehat sehari dua sambil mengelak untuk terperangkap dalam Ops Bersih, turun semula ke Kuala Lumpur untuk menyelesaikan beberapa urusan lama.  Banyak pengalaman dan perkara baru akan dikongsi di sini dan akan saya karang dari semasa ke semasa.

Keduanya, selepas menuntup akaun 'broadband' yang terlalu menyakitkan hati kerana 'connection' yang lemah gemalai di kawasan perbukitan ini (dan memasang streamyx pula), agak susah untuk akses ke internet walaupun laptop ini sentiasa diusung ke sana ke mari.  walaupun handphone mempunyai kemudahan untuk itu, saya sudah serik dengan 'charge' yang 'gila-gila' oleh celcom.  Jika turun ke KL, saya biasanya mencuri masa 'melepak' di restoran makanan segera untuk WIFI percuma ...hihihi.

Tapi kali ini memang tiada kesempatan langsung untuk melepak.  Masa penuh terisi dari pagi ke malam.  Menyelesaikan urusan syarikat yang pernah saya uruskan dahulu, yang sudah sudah lama 'dilupakan' oleh 'mereka' yang berkenaan, hinggakan wang berpuluh ribu di dalam akaun telah pun dipindahkan ke Jabatan Akauntan,  Pening dan migrane nak menyelesaikan hal ini yang melibatkan ramai 'orang-orang besar'.   Kebetulan pula semalam, bonda Jengka ada 'follow up' di Jabatan Radiologi & Onkologi, HKL dan bonda Gombak perlu ke klinik untuk mengambil bekalan ubat kencing manis dan menukar tarikh temujanji.  Jadi semalam adalah hari 'berkhidmat untuk bonda-bonda'.  Moga bonda-bonda akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah dan mereka tabah dengan dugaanNya...

Hari ini sehingga hari minggu  pula adalah hari untuk suami dan anak-anak.  Pagi tadi, perlu mengadap guru kelas dan mata pelajaran  Aiman di STAR, Ipoh.  Seperti biasa, komen yang diberikan - anak puan okay, bagus.   Cuma terlalu pendiam di dalam kelas dan asyik dengan novelnya.  Jawapan saya mampu saya berikan - sebab sudah terlalu kepoh semasa kecil, sekarang sudah jadi pendiam (memang Aiman anak yang tidak pernah berhenti bercakap dan bertanya semasa kecil kecuali masa tidur.  Adiknya, Iman juga menunjukkan ciri-ciri yang sama).  Novel @ buku dan Aiman juga tidak dapat dipisahkan kerana sudah terbiasa sejak kecil (mungkin juga kerana terikut-ikut dengan kami yang juga tidak boleh lekang dengan buku).  Esok Ammira pula akan pulang ke rumah.  Bahagianya bila semua sudah dapat berkumpul semula di teratak kecil ini walaupun hanya untuk beberapa hari.  Pastinya pelbagai menu istimewa sudah saya rangka untuk santapan kami dan pastinya minggu hadapan menjadi minggu yang melelahkan semula kerana perlu turun semula ke Kuala Kubu dan Kuala Lumpur untuk menyambung kerja-kerja yang terbengkalai...

* entri-entri selepas ini, saya akan berkongsi pengalaman baru pulang ke Perlis dan rombongan 'Nenek Kiah' ke Langkawi dan Penang...

 

No comments:

Post a Comment