Friday, September 28, 2012

Anak saya CACAT...So What!

"Ya ALLAH, janganlah KAU bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah KAU bebankan kepada orang sebelum kami.
 
Ya ALLAH, janganlah KAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
 
Ampunilah kami dan rahmatilah kami.  Engkaulah Penolong kami.  Maka tolonglah kami..."
 
Al Baqarah : 286


Tidak pernah terlintas langsung difikiran ini akan dikurniakan dengan anugerah anak istimewa ini.  Tidak tahu langsung dia akan menjadi insan istimewa selepas dilahirkan 18 tahun lalu.  Semuanya tidak, tidak dan tidak...Kami hanya mengetahui hakikat sebenar keadaan Along selepas 6 bulan dia dilahirkan.  Satu persatu kata-kata Prof Ong Lai Choo, Pakar Neurologi Pediatrik, HKL (ketika itu) masih kekal terpahat.  Jelas sejelas-jelasnya.  Bertahun-tahun kami suami isteri mengambil masa untuk menghadam lumat kata-kata itu.  Ya, bertahun-tahun bukan masa yang singkat.  Pelbagai cabaran dan dugaan kami lalui, tempuhi dan hadapi.  Macam tidak percaya kami yang ketika itu berusia seawal 24 tahun berjaya mengharungi semua rintangan itu tanpa kami sedari sedang melaluinya. 
 
Cabaran utama bagi kami ialah bagaimana berhadapan dan menangani emosi kami sendiri.  Bagaimana untuk menerima, redha dan bersyukur dengan anugerah itu.  Bukan perkara yang mudah sebenarnya untuk redha.  Selalu terlintas di hati "mengapa aku?", "Apa salah aku sehingga diduga begini."...Astagfirullahhal'azim...Kami masih cetek ilmu agama ketika itu, masih mempertikaikan pemberian Allah.  Ya Allah, ampunilah kami...Hari demi hari kami belajar menerima, berdepan dengan realiti sebenarnya.  Melakukan segala yang terbaik untuk anak istimewa kami dengan harapan menggunung tinggi agar satu hari nanti dia akan pulih sepenuhnya.  Ibubapa mana yang tidak mahu melihat anaknya membesar sihat, cergas dan cerdas mental dan fizikal.  Kami juga tidak terkecuali walaupun pernah diberi 'amaran' oleh doktor.
 
Setiap hari yang kami lalui adalah proses pembelajaran bagi kami sebagai ibubapa.  Setiap hari ada sahaja perkara baru yang kami pelajari hinggalah kehari ini.  Berdepan dengan ahli keluarga dan masyarakat sekitar juga merupakan satu cabaran.  Bukan semua boleh menerima atau memahami anak istimewa ini.  Kejian, tohmahan, simpati maupun pujian yang diterima saban masa menjadikan kami manusia yang 'lali' bahkan kadang-kadang sehingga tahap 'hati kering' berdepan dengan mereka.
 
Pada peringkat awal, penafian memang tidak dapat dielakkan.  Susah sungguh hendak menerima kenyataan.  Pernah saya menangis dan menjeruk rasa berhari-hari lamanya kerana seorang insan memanggil anak saya dengan panggilan 'BUDAK CACAT'.    Bisa sungguh perkataan itu.  Rasa mahu dicili-cili mulut orang yang mengucapnya.  Suka hati panggil anak aku cacat...Itu adalah antara perkataan-perkataan taboo bagi ibubapa kepada anak istimewa.  Pantang sungguh mendengar perkataan itu.  Kalaulah boleh dipadam terus dari direktori perkataan Bahasa Melayu, mahu saja saya memadamnya agar tiada siapa lagi boleh menggunakan perkataan itu.  Begitu sekali...
 
Namun, hari demi hari kami belajar menerimanya.  Perkataan itu tiada salahnya.  Yang salah ialah penutur dan orang yang menerimanya.  Memang hakikatnya CACAT tetap CACAT.  Cuma sekarang perkataan itu diperindahkan sedikit dengan menukarnya kepada 'anak istimewa' atau Orang Kelainan Upaya (OKU).  Namun maknanya tetap sama, tiada bezanya.  Cuma panggilan atau gelarannya sedikit 'manis'.  Mungkin ada yang akan marahkan saya dengan kenyataan ini.  Tapi itulah hakikatnya.  Kita akan dapat menerimanya seiring dengan masa.  Tidak perlu terasa hati, marah atau mengamuk jika ada orang panggil anak kita dengan gelaran CACAT.   Biarlah orang nak gelarkan macam manapun, yang penting kita terima dan sayang anak kita seikhlasnya.  Allah Maha Mengetahui akan segalanya.  Bagi saya sekarang, tidak menjadi kudis lagi jika orang mengatakan anak saya CACAT.  Kami telah berjaya melaluinya dan akan terus kuat melaluinya selagi Allah sudi meminjamkan anak syurgaNya itu kepada kami.  Kalian juga pasti boleh...
 
Banyak lagi ingin saya coretkan mengenai anak syurga ini, tapi saya simpan dahulu sekarang.  Akan saya kongsikan bila saya rasa ingin berkongsi.  Catatan-catatan berkenaan anak syurga saya ini umpama menggaru parut luka lama yang tidak pernah sembuh...Luka memang tidak pernah sembuh, tapi sakitnya sudah tidak terasa lagi...
 
Biarlah apa orang lain nak kata, Along tetap permata hati mama dan babah...
Permata hati, intan payung mama dan babah yang tiada galang gantinya...
Along Nadia Ammira Nadzli,
Angah Aiman Hazziq Nadzli dan Adik Iman Thuraya Nadzli
 
Along dan Nani.  Mereka sebaya dan senasib...
 
Biarpun digelar CACAT, Along tak kisah kan...Along dah pasti tempatnya di syurga nanti, orang yang mengata tu?

 
 
 
 

40 comments:

  1. kak...kekuatan dan ketabahan akak...motivasi terhebat buat saya

    ReplyDelete
  2. sekurang-kurangnya Along bertuah mempunyai adik-adik lain yg blh menjaganya nanti berbanding nasib anak2 saya..

    Mcm kenal je dgn Dr Ong maklumlah anak saya Asraf 17thn ,3 thn tinggal di wad Pediatrik HKL dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...akak...saya nurul imn...apa nma blog akak?

      Delete
  3. Nani~kita saling sokong menyokong antara satu sama lain. Hanya kita yang senasib memahaminya

    Kak Siti ~ setiap kali membaca coretan akak, saya akan mengambil semangat dan kekuatan akak. Betapa Allah amat menyayangi akak dengan kurniaan 3 orang anak istimewa.

    ReplyDelete
  4. Kak Siti~ Prof Ong lama di unit pedeatrik HKL. Dia dari UKM. Bila HUKM siap dia pindah ke sana dan kami ikut sekali ke HUKM sampai sekarang. Tapi dia dah pencen. Sekarang di PPUM kalau tak salah.

    ReplyDelete
  5. saya mengambil kata kata dari sahabat saya Saudara Zaidi Omar apabila seorang sahabatnya sering mengeluh kerana mempunyai anak istimewa. Dia bertanya kenapa kau perlu mengeluh sedangkan kau sudah pasti anakmu itu akan masuk ke syurga sedangkan aku tidak pasti yg anak anak aku akan masuk ke syurga Allah. Katanya lagi kau harus gembira kerana kau bersama ahli syurga....

    Martias Ali.

    ReplyDelete
  6. Kak, airmata mengalir tatkala baca ayat2 akak.Akak inspirasi buat saya.19 tahun akk tempuhi dan lalui pengalaman hebat ini.Saya baru 4 tahun++ bersama 'yang teristimewa'.bukan bebanan malah pengalaman dan kenangan yang terindah.Cuma kadangkala emosi sering terusik dengan kata2 orang luar.biar apa kata orang..aisya tetap sempurna di mata kami.Semoga saya jadi setabah dan sekuat akk.

    ReplyDelete
  7. Kita tak boleh mengatakan sewenang-wenangnya anak cacat tu tu anak syurga... Syurga dan neraka itu rahsia ALLAH SWT... Even Nabi Muhammad SAW sendiri pun tidak menjamin anaknya Zainab yang wafat sebelum baginda SAW bebas dari himpitan kubur, even Nabi Ibrahim AS sendiri pun tidak berani menjamin dirinya masuk ke syurga walhal ALLAH SWT telah menjanjikan syurga untuk NabiNya.. so akak tanya balik diri akak tu siapa ye?? nak kata anak cacat tu anak syurga..

    So plz STOP dengan ayat2 klise mcm ni.. kadang2 membuatkan orang lain jadi muak mendengarnya... Pernahkah akak mendengar satu hadis tentang Hisab pada hari akhirat kelak bahawa Hisab yang seadil-adilnya akan digunakan untuk menghitung amalan hamba-hambaNYA? jadi adakah anak-anak cacat ini akan terlepas dari hisab tersebut? Sedangkan kambing yang patah tanduknya akan dihidupkan kembali di akhirat kelak supaya membalas balik perbuatan sahabatnya yang mematahkan tanduknya..

    Jika benar anak cacat ni anak syurga... tolong masukkan atau attached potongan hadis, atau ayat Al-Quran, atau pendapat para ulama tentangnya...

    Saya pernah berdepan dan melihat dengan mata kepala saya sendiri dengan 1 orang budak cacat yang menyeksa seekor anak kucing sehingga anak kucing tu lumpuh dan tidak boleh berjalan lagi, hampir setengah tahun Tuan kepada kucing tersebut menjaga, memberi makan, mandikan, cuci najis (sebab kucing tu dah tak boleh buang air secara normal lagi) sehinggalah seorang Doktor haiwan menyarankan supaya kucing tersebut disuntik mati sebab terseksa melihat kucing tersbut yang lumpuh dan tak boleh menguruskan dirinya lagi... So akak, saya nak tanya adakah budak cacat tu anak SYURGA???? Layakkah budak cacat tu masuk syurga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy rase kesian pd anda en Safuan... sgt2 kesian... itu aje yg mampu sy kate kan.... :)

      Delete
    2. En Safuan, kalau saya dapat cari, memang saya carik je mulut tu, tangan tu saya ikat keduanya dan bagi kucing atau kambing kesayangan En Safuan tu makan.

      Delete
    3. ada sapa bole yakinkan ke malaikat rakib dan malaikat atid catit amalan untuk org yg tak sempurna akal? jadi jangan la belagak macam ilmuan agama. benda semudah tu jangan la dok hina org bagai

      Delete
    4. Kata-kata safuan menggambarkan kebodohannya akal fikirannya...org sempurna akal tapi bodoh

      Delete
    5. Safuan.. sebenarnya jiwa engkau telah dicacatkan oleh syaitan. Aku bukan ulamak atau pakar agama tetapi setahu aku, manusia yg tidak sempurna akalnya tidak diwajib keatasnya sebarang tanggung jawab dosa pahala. Malah undang2 dunia sekalipun tidak akan menyalahkan seseorang yang dikatakan tidak cukup akal. Kamu bercakap seperti haiwan yang tidak diberi otak oleh Allah. Hidup kamu hanya tahu makan dan melepaskan nafsu. Kamu seolah-olah tidak dapat berfikir betapa perasaan ibubapa dan kaum keluarga yang berhadapan dengan situasi ahli keluarga mereka terutamanya anak-anak yang baru menjenguk dunia didapati ada kecacatan. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada kamu agar kamu menggunakan sedikit akal yang waras yang kamu masih ada itu untuk memahami bahawa betapa sayu, sedih dan bermacam perasaan lagi dikalangan ibubapa yang anak mereka berkeadaan demikian. Jika beginilah caranya kamu bercakap rasanya tidak salah jika aku katakan bahawa kamu ini adalah dari kalangan manusia yang sanggup "membuang anak". Kamulah satu manusia yang tidak mempunyai perasaan dan naluri keibubapaan. Malah beruk yang kamatian anak sekalipun tetap mendukung dan membawa bangkai anaknya kesana kemari kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa anaknya telah mati. Kamu meminta pembuktian sebarang surah atau nas yang menyatakan bahawa anak yang cacat akal tidak akan dihisabkan oleh Allah di akhirat nanti?. Jawapan aku adalah kamulah orang Islam yang paling bangang. Mana ada orang yang hilang akal atau cacat diwajibkan bersembahyang, berpuasa dll. Jika Allah hisabkan juga mereka maka tentulah Allah akan mewajibkan itu semua. Kamu tak pernah belajar agamake?. Akhirnya sebelum engkau melelapkan mata setiap malamtu, cuba engkau renungkan dan fikirkan bagaimana perasaan kamu jika anak kamu dihairka tidak sempurna sepertimana ibubapa yang diduga oleh Allah itu. Atau jika kamu sendiri pada suatu hari dilanggar kereta lalu retak tempurung kepala dan menjadikan engkau cacat akal seumur hidup. Bagaimana setiap hari kamu kelihatan meminta-minta sesuatu yang kamu tidak dapat luahkan. Jiwa kamu terkurung dalam jasad yang orang lain tidak dapat memahaminya. Hanya semata-mata bergantung atas belas ehsan dan kasih sayang orang yang amat rapat dengan kamu iaiatu ibubapa, atau isteri yang setia, atau anak2 atau Datuk nenek yang faham dan perihatin. Bagaimana perasaan ibubapa kamu, atau isteri kamu atau anak-anak2 kamu ketika itu. Ingatlah bahawa hari ini hari mereka. Mungkin satu hari giliran kamu pula menerimanya.

      Delete
    6. NASIB BAIK SAUDARA SAFUAN. opppsss.... silap... USTAZ SAFUAN DILAHIRKAN NORMAL.... KALAU DITAKDIRKAN CACAT, SAYA RASA USTAZ SAFUAN xkan cakap macam tu....

      Delete
    7. ayat dr en safuan diatas... "Sedangkan kambing yang patah tanduknya akan dihidupkan kembali di akhirat kelak supaya membalas balik perbuatan sahabatnya yang mematahkan tanduknya.."

      en. safuan perlu th yer... yg akan diadil kelak hanye yg mempunyai AKAL SAHAJE.... sy ulang.. YG BERAKAL... selain dr itu tidak akan diadili yer... PLEASE TAKE NOTE....

      Delete
  8. Jika kucing dimasukkan ke dalam kotak dan kemudian dipijak hingga mati lalu dirakam dan dipublish di youtube, satu dia akan mengamuk. Terutama pencinta binatang. Jika orang terutama Palestin yang duduk dalam shelter dan dibom, mati semuanya, tak semua orang akan sedih... Begitulah si pencinta kucing lebih mencintai kucing berbanding manusia.

    Sdr, bukan tugas saya hendak cari hadis atau nas untuk berikan kepada si jahil macam sdr. Carilah sendiri... Berbahas dengan orang yang berilmu, tinggalkan berbahas dengan org jahil. Membuang masa. Yg itu jelas.

    ReplyDelete
  9. Saudara safuan, saudara akan mengerti perasaan kami hanya apabila saudara sendiri dikurniakan anak istimewa...

    ReplyDelete
  10. Benarlah yang ilmu dan kefahaman itu hidayah dari Allah.

    ReplyDelete
  11. semoga saudara safuan diberi hidayah..

    ReplyDelete
  12. sedap je tangan aku nak menaip hujah balas.
    tapi fikir2 balik, Encik Safuan neh mungkin perlu buka minda lagi.

    so kalau aku balas hujah pun mungkin dia takkan faham. kita doakan dia diberi kelapangan dada dan kefahaman dariNya.

    ReplyDelete
  13. “Anak cacat adalah anak syurga, jika ibu bapa ikhlas menjaganya dengan niat ibadat kepada Allah, mereka seolah-olah menempah tiket syurga bersama anak-anaknya,” kata pendakwah bebas yang juga kaunselor, Dr Rubiah Hamzah.

    Katanya, memang berat bagi sesiapa yang diuji Allah dengan memberikan anak kurang upaya, namun kesempatan menjaga dan mendidik anak yang cacat adalah anugerah Allah, malah diberi ganjaran yang berganda sekiranya ibu bapa ikhlas dan reda kerana-Nya. 

    ReplyDelete
  14. Saudara Safuan, Dari mana lah agaknya dtg saudara ini ya hingga lansung tak terdetik bahawa kenyataan anda akn menyentuh hati semua ibu2 yg membacanya.. Apalah perasaan ibu bapa ahli syurga ini.. Andai tiada hadis atau potongan ayat yg memyokong kenyataan ' ahli @ ank syurga ini' salahkah kalo kita yg sempurna ni memganggapnya sebagai 1 doa? Mendoakan ank yg tak berdaya.. Ank yg tidak sempurna itu dr segi mental & fizikal utk menjadi ahli syurga? Salahkah ibubapa ank ini mendoakan anknya utk jd ahli syurga? Cacat ada bermacam kategori cacat.. Andai cacat fizikal tp mentalnya sempurna pasti perhitungan Allah bersama si cacat itu andai kemungkaran dilakukan.. Mungkin si cacat yg saudara maksudkan mendera kucing itu hanya cacat fizikal.. Biar Allah yg tentukan.. Andai tiada pototongan hadis @ ayat berkenaan ank cacat ini, apa hak anda utk mengaibkan penulis secara terbuka? Allahuakbar.. Kadangkala kita tak sedar bahawa kita yg rasa sempurna ni lebih cacat akhlaknya dr ank istimewa itu.. Biar tersilap ampun jgn tersalah hukum..

    ReplyDelete
  15. En safuan..anda sombong. Itu sj perkataan yg sesuai utk anda.

    ReplyDelete
  16. En Safuan... Anda seorang yang sangat angkuh dalam berkata-kata sehingga menghiris hati terlalu ramai ibu bapa kpd anak OKU. Berdoa lah mudah-mudahan anak En Safuan sempurna dari segi rupa paras dan akal fikiran.

    ReplyDelete
  17. En Safuan... benar kata kamu tetapi jika anda berada ditempat kami anda akan tahu... syurga itu akan jadi milik siapa dan neraka juga akan jadi milik siapa... Hidayah adalah milik Allah... Syurga dan neraka juga milik Allah

    ReplyDelete
  18. رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل" (رواه الإمام أحمد في مسنده)

    En Safuan reti baca ke?

    Ye binatang akan dihisab; tapi tiada kesudahan. Bila habis dihisab; Allah akan mematikannya. Tiada syurga neraka untuk binatang.

    Hukum bagi orang cacat (tidak waras/tidak boleh think straight/gila) : apa yg dibuat olehnya, akan ditanggung oleh penjaganya hatta dia bunuh orang pun, penjaganya kena bayarkan diat (pampasan). Kalo di makan kat kedai, penjaga kena bayarkan ini kes berhutang.

    Termasuklah apa2 sahaja yg kita maklum bahawa orang tu TAK BOLEH BERFIKIRAN NORMAL/AKAL TERLINDUNG maka dia bukanlah mukallaf maksudnya hukum hakam TAK JATUH ke atasnya.


    Hak sesama manusia, memang takkan habis selagi belum selesai ..
    tetapi hak dengan allah taala ... ketahuilah allah maha lembut dengan hambanya

    HAK-HAK allah, dibina atas dasar kelembutan.


    (Golongan anak anak with special needs especially mentally challenge tergolong dalam golongan majnun) وعن المجنون حتى يعقل

    Saya raja En Safuan boleh la menyambung pelajaran dalam bidang perubatan lepas ni, since bab bab hadith ni mcm goyah je (dan poyo je).. try le apply utk utk amik bab children with special needs ke.. mental developement.. mana tau dapat membantu MENTAL diri sendiri jugak.

    Kepada ibu-ibu yang lain; Sabar ganjarannya Syurga. Kita di lahirkan di dunia ini mmg fitrahnya ISLAM ... Ibu bapa yg tentukan sama ada majusi nasrani etc... ( Tak perlu le nak mencabar sesapa keluarkan hadith ni pulak)

    Tiada pulak isu "letak hukum" bila kita sebut "Anak-anak syurga". Sebab mmg Allah dah jadikan syurga bg mereka yg sabar dan bertakwa.

    ReplyDelete
  19. Kesiaannnnnnn.... Itu je bole ckp pada en safuan yg mmg lancang mengomen kt atas..

    ReplyDelete
  20. aku rasa encik safuan ni mental la.. ramai org gila skrg ni meroyan tak tentu hala kat luar sana.. hurm..nak gi jumpe pakar otak ke? kami ramai kenal doktor2 neuro ni.. kalau nak meh la kami kenalkan...

    ReplyDelete
  21. Kesian..kesian..kesian en sapuan ni...sapalah dia ni ya tapi saya tak niat nak cari profile di blog dia..rasanya dia mental je nak naikkan ranking blog sendiri...

    ReplyDelete
  22. En.sapuan...Duduk di tempat kami...x perlu lama la...kami bg 2 hr je...ddk dgn anak2 kami..silap2 x smp 24jam da register ICU...gna otak ble berckp...jgn letak otak awak yg bijak kurniaan ALLAH tu di kepala lutut ya....sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  23. Nak tgk je mcm mana rupa org bijak pandai safuan ni..setuju sgt dgn cdgn noina ali, refer dia ke pakar neuro..

    ReplyDelete
  24. Mungkin en safuan ni antara yg "paling bertuah" krn tidak perbah diuji sehebat kami...sedap mulut bercakap tanpa fikir natiahnya

    ReplyDelete
  25. Pertamanya saya sungguh simpati dengan manusia yang bergelar En.Safuan. Tahniah dan terus istiqamah kepada Pn. Saripah Bakar dan ibu-ibu serta bapa-bapa diluar sana yang mempunyai anak2 istimewa. Moga En. Safuan diperolehkan hidayah oleh Allah SWT dan diberikan wisdom untuk mencari apa yang dicarinya lantaran dari persoalan2 yang ditimbulkan. Kepada ibu2, bapa2, dan anak2 yang dikategorikan oleh En. Safuan sebagai bukan ahli syurga, ingin saya kongsikan sedikit ilmu dalam kuliah majlis di Masjid Kota Damansara 2 minggu sudah. Ulasan dari ayat Al-Quran menterjemahkan bahawa kita perlu bersyukur dengan segala kata hinaan yang dihamburkan kepada kita kerana setiap patah perkataan itu adalah pahala pada kita. Dan apabila kita memahami terjemahan ayat ini maka kita akan mula mensyukuri susuk manusia yang bernama En. Safuan. Kerana dengan keujudan susuk tubuhnya itu lah yang lebih mendekatkan diri kita semakin hampir kepada jalan taqwa.. Maka dalam bahasa mudah jangan ambik pot ulasan seorang yang bernama En. Safuan. Apa yang saya mampu hanya mendoakan agar Allah SWT memberikan hidayah dan apa juga yang terbaik kepada dia dan kita semua terus memajukan diri kita dengan apa sahaja yang Allah anugerahkan disekeliling kita. Aamiin. Hasan Suyut

    ReplyDelete
  26. Anak OKU adalah sebahagian dari keluarga kita. Sebagaimana mereka merupakan ujian Allah kepada kedua orangtua dan keluarga mereka, mereka juga adalah ujian kepada kita. Dengan segala kekurangan yang mereka miliki serta kelebihan yang ada pada kita, bagaimanakah kita berinteraksi dengan mereka? Apakah kita menggunakan kelebihan-kelebihan kita untuk memudahkan mereka atau apakah kelebihan-kelebihan kita itu mengaburkan mata hati kita terhadap keperluan-keperluan mereka lantas menafikan hak-hak mereka. Memang syurga neraka adalah hak mutlak Allah, namun dengan adanya anak Oku adalah salah satu jalan untuk mereka menuju syurga nya Allah dengan menempuh segalanya penuh kesabaran dan ridho pada Allah.

    Kewajiban melayan Oku dengan baik sesuai firman Allah yang peRnah menegur Rasul untuk tidak bermasam muka dengan sahabat yang Oku ayatnya: Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Ummu Maktum iaitu seorang yang cacat penglihatan. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang sibuk melayani pemuka-pemuka Quraish dan mendakwah mereka kepada agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum, Baginda pun memalingkan muka Baginda dari beliau kerana ingin menumpukan perhatian kepada pemuka-pemuka Quraish tadi. Dengan kejadian itu, Allah pun mewahyukan ayat 1- 11, Surah Abasa

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Bersyukurlah dengan sedikit kelebihan yg Allah pinjamkan.... sempurna sangatkah kita INI .. untuk mengatakan OKU ITU cacat

    ReplyDelete
  29. Mesti along dah besar kan skrg??allah pilih puan utk terima dugaan. Dugaan hebat utk org yg hebat...banyakkan bersykkur..in sha allah allah akan tambahkan nikmat dan rezki pd puan..

    Jom jln2 ke blog saya..tq

    ReplyDelete
  30. Mesti along dah besar kan skrg??allah pilih puan utk terima dugaan. Dugaan hebat utk org yg hebat...banyakkan bersykkur..in sha allah allah akan tambahkan nikmat dan rezki pd puan..

    Jom jln2 ke blog saya..tq

    ReplyDelete
  31. Mesti along dah besar kan skrg??allah pilih puan utk terima dugaan. Dugaan hebat utk org yg hebat...banyakkan bersykkur..in sha allah allah akan tambahkan nikmat dan rezki pd puan..

    Jom jln2 ke blog saya..tq

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete