Friday, July 15, 2011

Catatan Perjalanan 1 - Kuala Lumpur-Ipoh-Perlis

Kali ini saya mencatat sejarah perjalanan tersendiri. Tidak pernah dan tidak suka 'makan angin' sendiri tanpa suami dan anak-anak, kali ini saya memecah tradisi sendiri. Hasrat Bonda Gombak untuk pulang sendirian ke Perlis menziarahi saudara mara sambil makan angin, pada awalnya saya pandang dingin. Tetapi mengenangkan sudah berapa tahun tidak pulang ke kampung kelahiran menziarahi hanya dua orang ibu saudara yang masih tinggal di Perlis, saya menyatakan hasrat untuk turut serta. Memandangkan suami baru sahaja mengambil cuti panjang dan cuti tahunan juga sudah tinggal baki beberapa hari sahaja, saya hanya pulang sendiri bertemankan Iman, bonda dan seorang teman rapatnya. Mengenangkan perjalanan jauh yang bakal ditempuhi dan hanya memandu sendirian, saya hanya membayangkan keseronokan untuk 'makan angin' berbanding mengenangkan betapa sakitnya belakang saya yang sedia sakit sebab memandu sendirian.

Seawal pagi, kami menyiapkan bekalan untuk berkelah di sekolah Aiman yang akan disinggahi dalam perjalanan nanti. Seronok juga dapat berkelah beramai-ramai di wakaf yang disediakan. Juadah ringkas-ayam goreng berempah, sambal petai goreng ikan bilis, sambal telur, terung tumis dan ulam-ulaman kami nikmati dengan penuh selera. Along dan babahnya akan meneruskan perjalanan pulang ke Cameron Highlands, sementara kami akan teruskan perjalanan ke utara tanah air. Risau juga mengenangkan perjalanan yang bakal ditempuhi kelak, kerana sebelum ini saya biasanya hanya menjadi penumpang di sebelah. Tidak pernah ambil tahu jalan apa yang perlu diambil. Walaupun rumah saudara mara sendiri, jalan tidak pernah diingati, tambahan pula pulang ke kampung pun jarang sekali.

Tiada yang menarik sepanjang perjalanan. Kami sampai ke kampung pertama, Simpang Empat, Perlis menjelang Maghrib. Malangnya ibu saudara belum pulang dari kenduri kahwin cucunya di Rawang menyebabkan kami menuju ke rumah ibu saudara kedua di Sg Batu Pahat (biasanya orang kenal melalui Taman Ular). Mereka telah sedia menanti kami setelah dimaklumkan oleh sepupu yang saya dalam perjalanan pulang ke kampung. sedih melihat ibu saudara yang sudah tidak dapat melihat lagi kerana masalah katarak dan tekanan darah tinggi. Banyak perkara yang kami bualkan, diimbau kembali menyentuh hati kecil ini. Pelbagai perasaan berbaur. Menikmati makan malam yang walaupun ringkas amat menyelerakan. Cuma saya rindukan air tangan Mak Lang yang terkenal dengan asam pedas dan gulai ikan termenungnya. Saya nyatakan hasrat itu dan hanya air mata yang berlinang di pipi sambil menyatakan dia sudah tidak mampu memenuhinya lantaran mata yang sudah tidak dapat melihat dan kudrat yang semakin lemah. Alangkah ruginya saya kerana tidak sempat menuntut ilmu masakan itu. Masih terasa-rasa keenakan asam pedas Mak Lang yang pasti akan saya nikmati jika pulang ke kampung bersama arwah ayah dulu. Mak Lang ialah kakak kepada arwah ayah. Hanya Mak Lang, Mak Ngah dan Pak Andak yang masih hidup dari enam orang adik beradik arwah ayah (ayah merupakan anak bongsu). Misi saya kali ini juga adalah untuk menjejak adik tiri dan anak saudara yang dipelihara oleh arwah ayah. Sudah lama tidak bertemu mereka.

Iman Thuraya yang sudah kepenatan seharian dalam perjalanan dan badan yang keletihan memandu sendirian, memaksa untuk direhatkan. Namun tidur tetap tidak lena...Esok banyak lagi egenda menanti...

* kerana terlalu seronok berjumpa Lang, terlupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan dengannya...


1 comment:

  1. Terima kasih banyak dari Maya ke Dr Ajayi kerana membantu saya memulihkan rumah saya yang rosak. Ketidakkonsistenan telah menjadi perintah hari di rumah dan perkahwinan saya. Suami saya mempunyai masalah dan koyak pada daging saya sejak kita mula mempunyai terlalu banyak salah faham. Beberapa hari, dia hanya pergi dan tidak pernah kembali sehingga minggu -minggu yang lalu. Saya telah hancur dan mencuba semua yang saya dapat untuk menyelesaikan masalah tetapi tidak berjaya. Saya terpaksa mencari bantuan dan saya diarahkan oleh rakan untuk menghubungi Dr Ajayi yang saya lakukan. Saya tidak pernah tahu ia mungkin kerana masalah telah berlama -lama selama dua tahun. Dr Ajayi meyakinkan saya dan hanya memberitahu saya untuk mempercayai dia dan percaya bahawa keinginan saya diberikan. Dia menetapkan perkahwinan saya dengan ikatan reuni cinta yang kuat dan rumah saya hebat sekali lagi dan suami saya bersama saya tidak akan pergi lagi. Hubungi dia juga dan percaya dia boleh membantu anda kerana dia tidak mempunyai rekod yang buruk. Cukup SMS HIM melalui WhatsApp +2347084887094 atau e -melnya melalui: drajayi1990@gmail.com

    ReplyDelete